Sebungkus mengandungi berat 40 gram dan boleh digunakan untuk 1.5kg ke 2 kg
ayam atau daging .
Resepi :
1 rempah masak hitam(40gram)
1 sudu B serbuk kunyit
1 ekor ayam( potong 12)
2 biji bawang bakong(dihiris)
4 ulas bawang putih(dicincang)
2 inci halia (dihiris nipis)
rempah tumis secukup kegunaan
rempah tumis mengandungi kayu manis,
bunga lawang,cengkih dan pelaga.
4 biji cili merah (belah 2/buang biji)
garam dan kicap pekat secukup kegunaan
air lebih kurang 100ml
Cara-Cara Membuatnya :
- ayam yang telah dipotong tadi cuci dan bersihkannya
- gaul ayam dengan kunyit dan garam secukup rasa dan goreng setengah masak(ketepikan)
- dalam periuk yang berlainan,tumis bawang bakong,halia,bawang putih,rempah tumis dan cili merah hingga naik bau
- rempah masak hitam tadi digaul dengan sedikit air untuk dibuat pes untuk ditumis sekali dengan bahan-bahan di atas
- masukkan ayam dan kicap pekat, gaul sebati
- masukkan air dan garam secukup rasa dam masak hingga pecah minyak.
Kismis hitam boleh dicampur dalam masakan hitam
ini.Caranya ialah
ambil 50 gram kismis hitam campur dengan 50ml air dan blend/kisar.
Pes kismis hitam dimasukkan di akhir masakan.Kalau takde kismis hitam
atau malas nak blend/kisar, ambil 2 sudu B Ribena(yang pekat tu/belum
dicampur dengan air).
Ini adalah pilihan sahaja,abaikan jika anda tidak suka.
No comments:
Post a Comment