Wednesday, September 12, 2012

Rempah Kuzi

                                          Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas.

Biji Halba-Khasiatnya.

Untuk rasa semulajadi dan khasiat yang maksimum rendam lama sedikit biji halba tersebut lebih kurang 1 hingga 2 jam dan abaikan penggunaan madu ataupun gula merah.

Rempah-Ratus


Monday, September 10, 2012

Sup Power-Resepi Sup Arab

Sup Power seperti gambar di atas adalah gabungan beberapa jenis rempah yang terpilih.
Mempunyai rasa dan aroma yang kuat.
Ianya boleh dibuat berbagai jenis sup seperti sup ayam,sup daging,sup tulang,soto,sup arab,bubur lambuk dan lain-lain.
Disediakan dalam bentuk bungkusan(40 gram) dan (250gram).
Di sini kami ingin menyediakan satu resepi iaitu "Sup Arab".
Sup Arab ini boleh dimakan begitu sahaja dan boleh dimakan dengan roti sandwich atau roti perancis(french loaf) yang dibakar sederhana.
Waktu yang sesuai dimakan sup arab ini adalah waktu makan malam ataupun di waktu cuaca sejuk seperti  hujan.
Resepinya ialah:

Rempah Ayam Penyet

Rempah Ayam Penyet adalah gabungan beberapa jenis rempah mengikut kadar yang tertentu.Ianya dapat disediakan dengan mudah untuk mereka yang tak pernah membuatnya.
Resepinya ialah :

Thursday, April 19, 2012

Gambir Sarawak

Gambir Sarawak boleh didapati dalam 3 saiz."Queen Size" berharga RM18.00, "King Size" berharga RM12.00 dan yang paling kecil RM5.00.
Boleh juga dibuat hantaran ke seluruh Malaysia dengan kaedah pos laju.
Hubungi nombor di atas untuk cara-cara bayaran.

Serbuk Segera Apambalik

Mempunyai masalah membuat apambalik?Tidak mempunyai sukatan untuk membuat apambalik?
Jangan bimbang.Kini dengan "serbuk segera apambalik" anda boleh membuat apambalik semudah 123.
Caranya mudah sahaja,campurkan 1pkt serbuk apambalik(500gram) dengan 500ml air.Kemudian pukul 1 biji telur di dalamnya.Gaul sebati.
Sediakan piring apambalik ataupun non-stick pan untuk membuat apambalik.Sesudah masak apambalik taburlah kacang goreng dan gula di atasnya.

Serbuk Lada Putih,Serbuk Lada Hitam dan Lada Hitam Kasar.

Serbuk Lada Putih 100% asli/pure #80 gram #RM4.80 sebotol (White Pepper Powder)
Serbuk Lada Hitam 100% asli/pure #80 gram #RM3.80 sebotol (Black Pepper Powder)
Lada Hitam Bijiran Kasar (Coarse Black Pepper) 100% asli/pure #80 gram #RM4.50 sebotol

Semua Lada ini adalah dari Sarawak yang memang dikenali mempunyai kualiti lada-lada yang terbaik di dunia.

Wednesday, April 4, 2012

Biji Kedaung

Biji Kedaung adalah sejenis rempah dan ia adalah rempah yang amat popular di Sarawak.Kulitnya yang berwarna hitam dan isinya  berwarna hijau mempunyai rasa yang sedikit pahit tapi lazat..Ianya biasa digunakan dalam penyediaan Air Masak.
(air masak adalah campuran herba-herba terpilih yang direbus dan diminum airnya oleh ibu-ibu yang baru bersalin atau yang masih dalam pantang)

Thursday, March 22, 2012

REMPAH MASAK HITAM

Ayam/daging masak kicap atau lebih dikenali ayam/daging masak hitam amat popular di Sarawak.Rempah masak hitam ini dirumus khas untuk masakan ayam/daging.
Sebungkus mengandungi berat 40 gram dan boleh digunakan untuk 1.5kg ke 2 kg
ayam atau daging .
Resepi :

Friday, March 16, 2012

Rempah Satay/BBQ

Rempah Satay/BBQ ini adalah 100% asli rempah.Boleh digunakan untuk membuat perapan satay dan BBQ.Sebungkus mengandungi berat 100 gram dan boleh digunakan untuk 2 hingga ke 3 kilo ayam atau daging.
Rempah Satay/BBQ ini mengandungi rempah sahaja.Bahan-bahan lain seperti halia,serai,bawang dan langkuas perlu digunakan untuk tujuan perapan.

Sunday, February 26, 2012

Serbuk Kunyit Asli(Pure)

Serbuk kunyit asli Rm2.80 x 80 gram.
Ianya adalah seratus peratus asli.Boleh didapati dalam bungkusan seperti di gambar sebelah RM2.80 x 80 gram dan juga bungkusan
500 gram =RM12.00.
Kunyit  mempunyai banyak khasiat.....

Tuesday, February 21, 2012

Sagu Putih vs Sagu Berwarna

Sagu asalnya berwarna putih.Tapi sering kali juga kita melihat sagu yang berwarna seperti hijau dan merah.
Sagu berwarna ini biasanya telah dicampur dengan perwarna dan dijual lebih mahal daripada sagu putih.
Tapi untuk mendapat nilai sebenar pembelian,anda disaran membeli sagu putih dan untuk warna,bolehlah ditabur warna yang disukai semasa memasaknya.Sagu berwarna kurang sesuai kerana semasa dalam proses memasak ianya akan kehilangan warnanya.(pudar).